Dengan 2 Bahan, Kasut Putih Yang Kotor Putih Semula

Imej memainkan peranan penting dalam membawa personaliti diri. Ada yang beranggapan kebersihan kasut turut melambangkan personaliti seseorang. Yeke?

via GIPHY

Lihat saja pasaran hari ini, terdapat pelbagai produk yang dapat membantu mengatasi masalah kasut kotor. Tapi mengapa perlu berbelanja lebih sedangkan terdapat trik mudah dan murah untuk putihkan semula kasut yang mempunyai kesan kotoran.

Tengok gambar sebelum dan selepas kasut ni dibersihkan.

dengan 2 bahan, kasut putih yang kotor putih semula

Trik ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Mahathir yang mana dia berjaya menghilangkan kotoran degil pada kasut dengan hanya menggunakan dua bahan yang terdapat di dapur iaitu cuka buatan dan baking powder.

dengan 2 bahan, kasut putih yang kotor putih semula

dengan 2 bahan, kasut putih yang kotor putih semula

Ni kita recap sikitlah langkah-langkah kat atas tu:

1. Campurkan 2 sudu baking powder dan satu sudu cuka

2. Sapukan campuran tadi pada bahagian yang ingin dibersihkan

3. Sental tempat kotor dengan berus gigi sehingga hilang kotoran

4. Kemudian, lap guna tisu dan jangan cuci menggunakan air

Mudah je kan? Try tau, selamat mencuba!

 

Sumber: Twitter @madermn