7 Langkah Rutin Kecantikan Korea Diringkaskan Mendapat Keputusan Yang Sama

7 langkah rutin kecantikan korea diringkaskan mendapat keputusan yang sama

Rutin kecantikan wanita Korea menjadi satu trend di dunia kecantikan. Walaupun langkah-langkahnya yang banyak, masih ramai mengikut rutin tersebut untuk mendapat kulit muka yang cantik dan berseri. Tetapi daripada langkah-langkah tersebut apa yang menjadi keutamaan sebenarnya. 

1. Makeup remover & oil cleanser

Oil cleansers merupakan perkara asas dalam rutin kecantikan dan merupakan langkah pertama dalam double cleansing. Makeup yang dipakai tidak boleh dikeluarkan menggunakan air sahaja sebab itu oil clenser digunakan terlebih dahulu untuk mengeluarkan makeup.

2. Water-based cleanser

Langkah kedua dalam double cleansing ialah water-based cleanser. Ini untuk mengeluarkan segala kotoran daripada oil cleansing tadi. Jika tidak kesan kotoran daripada oil cleansing akan kering dan meninggalkan kesan kotoran.

3. Toner

Selepas water-based cleanser, fungsi toner dalam rutin kecantikan ini adalah untuk mengembalikan asiditi kulit muka. Water-based cleanser tadi merupakan bahan akili yang akan mengeringkan.

4. Essence serum, treatment, sheetmask

Di sini, langkah-langkah rutin kecantikan diringkas menjadi satu elemen. Jika anda ingin memanjakan diri, boleh la nak buat ketiga-tiganya. Ini merupakan bahan aktif untuk muka anda, jadi pilih serum yang sesuai dengan apa yang anda inginkan.

5. Eye cream

Kulit di bawah mata merupakan kulit yang paling lembut dan sensitif. Jadi bahan-bahan di dalam eye cream dibuat khusus untuk kulit di bawah mata yang sangat sensitif. 

6. Moisturizer

Mengekalkan kelembapan kulit anda. Ramai yang sering berkata jika kulit muka yang berminyak tidak perlu memakai moisturizer, sebenarnya tidak. Kulit muka yang berminyak disebabkan dehydration. Dengan memakai moisturizer anda akan mengekalkan kelembapan dan hydration yang kulit anda memerlukan.

7. Sunscreen
Akhir sekali adalah memakai sunscreen. Walaupun anda selalu duduk di dalam bangunan, memakai sunscreen masih lagi penting. Ini untuk melindungi kulit muka anda daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kanser kulit. 

Sumber:

Instagram 
https://www.instagram.com/p/B2oGZmdHg9Y/

Soko Glam
https://sokoglam.com/pages/the-korean-skin-care-routine