Belajar Ikut Keadaan Dan Tanpa Paksaan Antara Faktor Kejayaan Syahmi Yusuf Dalam UPSR

belajar ikut keadaan dan tanpa paksaan antara faktor kejayaan syahmi yusuf dalam upsr

Pelajar SK Taman Paroi Jaya, Syahmi Yusuf Safuan, 12, berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun ini.

Antara faktor kejayaan yang diperoleh adalah belajar dalam keadaan tidak memaksa dan mengikut kesesuian.

"Saya belajar ikut pada keadaan, bila saya rasa nak belajar baru saya belajar dan ibu bapa saya tidak memarahi saya sebab mereka faham saya akan patuh apa juga yang mereka mahukan terutama ketika mereka suruh untuk belajar.

Bukan itu sahaja, antara rahsia lain adalah patuh dan dengar nasihat kedua ibu bapa untuk memperoleh keberkatan hidup. Selain itu, beliau juga berkata kunci paling penting adalah hormat guru dan menunaikan solat.

Tahniah kepada adik-adik yang berjaya dalam UPSR yang lepas. Semoga terus berusaha untuk mencapai kejayaan.

Kepada adik-adik yang tak berjaya, jangan risau, masih jauh lagi perjalanan korang dan terus usaha untuk mencapai kejayaan.

Sumber: Astro Awani