Tolak Hadiah Bernilai Suku Juta, Remaja Ini Benar-Benar Bertekad Selamatkan Dunia

tolak hadiah bernilai suku juta, remaja ini benar-benar bertekad selamatkan dunia

Seorang remaja 16 tahun dan juga aktivis alam sekitar, Greta Thunberg telah mengejutkan dunia apabila dia menolak anugerah alam sekitar kerana beranggapan gerakan selamat dunia tidak perlu ditambah sebagai anugerah.

Walaupun anugerah yang ditaja Nordic Council disifatkan sebagai satu penghormatan, Thurnberg memilih menolaknya kerana;

“Gerakan menyelamatkan dunia dari masalah perubahan cuaca tidak perlu ditambah sebarang anugerah.”

Remaja itu juga menyarankan ahli politik dan mereka yang berpengaruh di dunia untuk terus mendengar nasihat serta pandangan daripada pakar sains berkenaan alam sekitar dan bahaya pemanasan dunia

Betapa komitednya Thunberg untuk menyelamatkan dunia, dia sanggup menggunakan kapal layar untuk menyeberang lautan Atlantik. Baginya, penerbangan komersial adalah punca pencemaran karbon.

Sumber: Astro Awani