Foto Speaker Dewan 'Menyusukan' Budak Ketika Bertugas Viral

Tak semua tempat kerja membenarkan staf membawa anak-anak, lagi-lagi di dewan Parlimen.

Baru-baru ni, satu foto viral di Twitter di mana seorang Speaker Dewan New Zealand sedang ‘menyusukan’ seorang bayi ketika sedang bertugas.

foto speaker dewan

Menerusi foto tersebut, kelihatan Speaker Trevor Mallard tersenyum sambil memegang dan menyusukan seorang bayi sambil mempengerusikan debat di Parlimen.

foto speaker dewan

Difahamkan, bayi tersebut merupakan anak kepada salah seorang anggota Parlimen yang kembali bertugas selepas mengambil cuti paterniti atau cuti bersalin. Aww, sweet-nya!

Rata-rata memuji tindakan lelaki itu.

Namun, tak semua Parlimen membenarkan pekerja membawa membawa bayi.

Terdapat dua insiden yang mana Speaker Parlimen menghalau pekerja-pekerja yang membawa anak mereka masuk ke dalam dewan. Ini termasuklah, Speaker Parlimen dari Denmark dan juga Parlimen dari Kenya.

Sumber: Astro Awani