Finland Akan Laksanakan Kerja Empat Hari Seminggu Enam Jam Sehari

 finland akan laksanakan kerja empat hari seminggu enam jam sehari

Wow, kerajaan Finland dalam merangka dan memperkenalkan waktu kerja baru di mana mereka akan bekerja empat hari seminggu dan enam jam sehari.

Idea ni dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri, Sanna Marin di mana beliau mahu memperkenalkan waktu bekerja fleksibel di seluruh negara.

Memegang title ketua kerajaan kedua paling muda di dunia, wanita itu mahu golongan pekerja meluangkan lebih masa dengan keluarga mereka.
"Saya percaya setiap orang berhak luangkan masa dengan keluarga dan insan tersayang dalam hidup mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti dan aspek kehidupan seperti budaya secara bersama.

"Ini boleh menjadi langkah seterusnya dalam kehidupan bekerja," ujarnya.

Sanna Marin merupakan seorang ibu dan telah menjadi Perdana Menteri pada Disember 2019. Buat masa ini, beliau memimpin kerajaan Finland bersama lima parti lain yang dipimpin oleh wanita.

Buat masa ini, Sweden telah mendahului dengan tempoh kerja yang lebih singkat iaitu enam jam sehari semenjak tahun 2015. Hasilnya, pekerja lebih gembira dan produktif kerana gaji mereka tetap dibayar penuh.

Sumber: Sinar Harian

 

ARTIKEL BERKAITAN