Ambil Exam Selepas Setengah Jam Melahirkan Anak

Ada peribahasa mengatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih bermaksud jika kita melakukan sesuatu kita pasti akan menyempurnakan dengan sedaya upaya kita.

Samalah macam wanita dari dari Metu Ethiopia barat ini. Dia dikatakan terus menduduki peperiksaan sekolah menengah di sebuah hospital selepas setengah jam melahirkan anak.

Tiada apa yang dapat menghalang Almaz Derese, 21, daripada menduduki peperiksaan untuk menamatkan persekolahannya.

Sepatutnya, dia menjalani peperiksaan sebelum bayinya dilahirkan namun ia tunda kerana bulan Ramadan.

Difahamkan, ramai remaja perempuan di Ethiopia tidak menamatkan persekolahan.