Rakyat Malaysia Dari Wuhan Selamat Tiba Awal Pagi Tadi

Pesawat AirAsia AK8265 yang membawa pulang seramai 107 rakyat Malaysia dari Wuhan, China selamat mendarat di KLIA pada jam 5.57 pagi tadi. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok) on

12 kru yang bertugas termasuk lapan petugas misi dan enam pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beijing terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusian dan Bencana (HADR) ini ekoran wabak penyakit 2019-nCoV di Wuhan.

Menurut Astro Awani, kesemua 141 penumpang akan melalui tapisan kesihatan di Air Disaster Unit (ADU). Mereka yang dikesan mempunyai simptom jangkitan akan dibawa terus ke hospital. Mereka yang melepasi saringan akan dibawa terus menaiki bas ke pusat pemantauan untuk tempoh 14 hari.

Berikut merupakan kemaskini daripada kru Astro Awani awal tadi pagi.

ARTIKEL BERKAITAN