Pesawat Terpaksa Berpatah Balik, Penumpang Tipu Kata Dijangkiti Koronavirus

pesawat terpaksa berpatah balik, penumpang tipu kata dijangkiti koronavirus

Kan dah menyusahkan bila tipu-tipu kata dijangkiti koronavirus. Sampaikan pesawat yang dah hampir sampai ke lokasi terpaksa berpatah balik.

Tindakan seorang penumpang memberitahu dia dijangkiti koronavirus telah memaksa juruterbang WestJet berpatah balik dan mendarat di Florida semula.

Pesawat Boeing 767 itu hampir sampai berlepas dari Toronto ke Jamaica membawa 243 penumpang.

Difahamkan, lelaki terbabit kini telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Menurut jurucakap polis, saringan kesihatan telah dijalankan ke atas lelaki berusia 29 tahun itu dan dia didapati dia tidak dijangkiti koronavirus.

pesawat terpaksa berpatah balik, penumpang tipu kata dijangkiti koronavirus

Lelaki itu yang dikenali sebagai James Potok, mengaku telah membuat membuat kesalahan namun dia tetap gembira dengan publisiti yang diperolehinya. 

Katanya, dia hanya berdiri dan cakap 'Perhatian semua. Saya baru balik dari wilayah Hunan.' Itu sahaja," katanya.

 

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN