Pengusaha Restoran Letak Anak Patung Panda Supaya Pelanggan Tak Rasa Bersendirian

pengusaha restoran letak anak patung panda supaya pelanggan tak rasa bersendirian

Memandangkan COVID-19 boleh berjangkit melalui bendalir, jadi semua manusia digalakkan untuk mengamalkan penjarakan sosial. Paling kurang pun 1 meter dan perkara ini perlu dilakukan di mana-mana sahaja termasuklah di restoran.

Tapi, rasa sunyi juga lah kan bila kena makan seorang diri dan jaga jarak satu meter di antara satu sama lain.

Sebab itu lah, seorang pengusaha restoran makanan Vietnam di Thailand, Natthwu Rodchanapanthkul telah meletakkan anak patung panda pada kerusi kosong. Apabila restoran Maison Saigon mula beroperasi mereka hanyya meletakkan satu kerusi pada setiap meja. Namun, pemilik restoran itu merasakan cara itu akan membuatkan pelanggan berasa kosong dan terpinggir.

Jadi, untuk membuang rasa tersebut beliau telah meletakkan anak patung panda sebagai peneman kepada pelanggan yang menikmati makanan di restoran.

Salah seorang pelanggan yang berkunjung ke restoran tersebut menyatakan bahawa cara itu membuatkan dia tidak merasa keseorangan. Dia merasakan seola-olah ada peneman yang makan bersamanya.

Wah, menarik juga idea ni kan? Lepas ni kalau korang rasa lonely bawalah anak patung ke mana-mana.

Sumber: INSIDER

 

ARTIKEL BERKAITAN