Datang Ke Ofis Pakai Helmet Sebab Risau Bumbung Runtuh

datang ke ofis pakai helmet sebab risau bumbung runtuh

Gara-gara takut bumbung bangunan, pekerja di sebuah pejabat kerajaan di Uttar Pradesh hadir ke pejabat dengan memakai topi keledar.

Gambar kakitangan jabatan elektrik di daerah Banda itu menjadi tular di media sosial. Pejabat tersebut terletatak di sebuah bangunan usang dan bumbung premis tersebut telah berlubang.

Pada bahagian tengah bilik terbabit, terdapat satu tiang yang berfungsi sebagai ‘pemegang’ siling bagi mengelakkan berlakunya keruntuhan.

"Kami perlu pakai helmet untuk melindungi diri masing-masing jika berlaku kejadian tidak diingini secara tiba-tiba.

"Kami ada maklumkan kepada pegawai atasan tentang keadaan bangunan itu, namun tiada sebarang tindakan diambil.

"Mungkin mereka mahu tunggu salah seorang daripada kami terbunuh baru usaha membaik pulih dimulakan," kata salah seorang pekerja.

Bukan itu sahaja, dia juga berkata, para pekerja akan membawa payung ketika musim hujan kerana mahu berlindung.


Sumber: Astro Awani