Nak Kelihatan Lebih Muda, Bolehlah Makan Makanan Ni!

nak kelihatan lebih muda, bolehlah makan makanan ni!

Semua orang impikan penampilan yang cantik, sihat dan sentiasa kelihatan muda. Selain bersukan, menjaga pemakanan juga dapat membantu anda kelihatan muda walaupun sudah menjangkau usia. Ini antara makanan yang dapat membantu anda kelihatan lebih muda!

1. Minyak zaitun

Kajian menyatakan bahawa minyak zaitun merupakan lemak yang paling sihat dan berkhasiat. Ia juga dapat bantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan penuaan. Mengurangkan tekanan darah, risiko sakit jantung dan juga menegangkan kulit muka agar kelihatan lebih muda.

 

2. Teh hijau

Teh hijau sememangnya kaya dengan antioksidan yang dapat melindungi kita dari radikal bebas. Ia juga dapat melawan diabetes, meningkatkan insulin, keradangan dan penyakit jantung.

 

3. Ikan berlemak

Salmon bukan saja merupakan ikan berlemak yang paling popular tetapi ia juga melindungi kulit daripada keradangan. Kandungan Astaxanthin dapat tingkatkan keanjalan dan hidrasi kulit.

 

Sumber: Hijabsta

Oleh: Khalie Azmi