Moose, Anjing Yang Menerima Ijazah Doktor Kehormat Kerana Bantu Tangani Stres

moose, anjing yang menerima ijazah doktor kehormat kerana bantu tangani stres

Seekor anjing telah dikurniakan ijazah doktor kehormat dalam perubatan veterinar selepas membantu ribuan pelajar menangani stress.

Anjing dengan nama Moose itu telah bersama Virina Tech’s College of Veterinary Medicine semenjak 2014 dan telah membantu lebih 7,500 sesi kaunseling. Moose merupakan salah satu anjing di antara empar anjing terapi di university berkenaan. Selain itu, Moose juga merupakan duta untuk kempen kesedaran mental.

Anjing terapi berusia 8 tahun itu telah berkhidmat di Pusat Kaunseling Cook dan telah menerima anugerah tersebut melalui upacara konvokesyen yang diadakan secara online.

"Ada antara kita yang mempunyai masalah untuk serasi dan berkomunikasi dengan rakan-rakan lain. Moose memberi mereka kekuatan dan rasa tenang.

"Pelajar-pelajar di sini melihat Moose sebagai rakan dan mereka tidak bimbang kerana Moose jelas tidak akan menghakimi mereka," kata Davis penjaga kepada Moose kepada CNN.

Sumber: Astro Awani