Kerana Selfie, Seorang Wanita Baru Berkahwin Dan Tiga Orang Adiknya Mati Lemas

 

kerana selfie, seorang wanita baru berkahwin dan tiga orang adiknya mati lemas

Kejadian meragut nyawa disebabkan oleh selfie ni bukanlah satu perkara yang baru. Demi gambar yang cantik, ramai yang sanggup membahayakan nyawa. Walhal, harga nyawa itu tidak ternilai berbanding gambar selfie yang cantik.

Kejadian terbaru berlaku di India apabila seorang wanita yang baru berkahwin maut selepas cuba mengambil selfie di kawasan takungan air. Dikatakan enam individu berpegangan tangan dan cuba untuk berselfie.

Malang tidak berbau apabila salah seorang daripada mereka tergelincit dan akhirnya menarik ahli keluarga yang lain. Si suami hanya sempat menyelamatkan dirinya dan juga seorang adik iparnya.

Berdasarkan laporan BBC, antara mangsa lain yang lemas ialah adik lelaki wanita tersebut yang berusia 14 tahun serta dua orang adik perempuannya yang lain, masingmasing berusia 18 dan 19 tahun.

Hargailah nyawa anda. Korang. Sangatlah tidak berbaloi memperdagangkan nyawa semata-mata kerana selfie.

Sumber: Astro Awani