18 Mac merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa oleh pihak kerajaan. Sepanjang hari itu juga, terdapat beberapa kejadian dan juga notis yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan sama ada negeri ataupun persekutuan.
Berikut beberapa makluman yang telah dikeluarkan pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Dikuatkuasakan;
1. Waktu urusan kaunter JPJ di seluruh negara bermula dari 9 pagi hingga 1 petang sahaja.
2. KTM melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Semua rakyat Malaysia tidak dibenar meninggalkan negara dengan menaiki keretapi. Hanya warga negara asing sahaja boleh menggunakan perkhidamatan KTM untuk keluar negara.
3. Seluruh taman di bawah seliaan DBKL akan ditutup
4. Dobi layan diri diarahkan untuk berhenti beroperasi
5. Laporkan salah laku Perintah Kawalan Pergerakan pada nombor di bawah atau balai polis berdekatan.
6. Ada persoalan tentang COVID-19? Korang boleh guna talian infoline Aduan Merokok
7. LHDN melanjutkan tempoh memfailkan cukai pendapatan selama dua bulan