Konsert Epik ‘A Night With Aina Abdul 3.0’ November Ini

Selepas meraih kejayaan daripada konsert yang sebelum ini, penyanyi Aina Abdul berjaya merealisasikan impiannya untuk mengadakan konsert solo berskala besar menerusi acara ‘ANWAA’ 3.0 yang akan bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil pada 18 November tahun ini.

konsert epik ‘a night with aina abdul 3.0’ november ini

Menerusi konsert anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) ini, Aina bakal mempersembahkan rangkaian 33 buah lagu hits termasuk medley bertemakan gabungan genre moden serta irama klasik yang akan diiringi oleh barisan pemuzik profesional orkestra dan band di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor iaitu Mac Chew.

“Konsert ‘ANWAA’ 3.0 ini juga merupakan tanda penghargaan kepada peminat setia yang amat saya sayangi khususnya kelab peminat saya AINATIONS yang tidak pernah berhenti menyokong dan menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya. 

“Tanpa mereka, mana mungkin saya dapat bertahan dalam industri yang cukup mencabar ini”. Kata Aina. 

konsert epik ‘a night with aina abdul 3.0’ november ini

konsert ‘ANWAA’ 3.0 pada kali ini turut menyokong inisiatif untuk menggerakkan misi mengumpul dana dengan menyalurkan sebahagian daripada hasil jualan tiket kepada Tabung Kasih PRIHATIN khusus bagi kegunaan dan manfaat pendidikan pelajar yang tidak berkemampuan dalam kategori B40 dan asnaf di peringkat institut pengajian tinggi.

“Saya teruja kerana diberi peluang untuk menganjurkan konsert ini yang bukan hanya bersifat komersial semata-mata tetapi turut menekankan konsep ‘Berhibur Sambil Beramal’”, kata Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali

konsert epik ‘a night with aina abdul 3.0’ november ini

Dalam pada itu, penganjuran konsert ’ANWAA’ 3.0 ini juga disokong oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital menerusi MyCreative Ventures serta turut diserikan dengan kehadiran B De Paris selaku Rakan Pengurusan Konsert, ERA & SINAR selaku Radio Rasmi, GEMPAK selaku Rakan Digital Rasmi dan ticket2u selaku Platform Jualan Tiket Rasmi.

Tiket untuk menyaksikan konsert ANWAA’ 3.0 akan mula dijual dengan harga RM98 (Silver), RM188 (Gold), RM258 (Platinum), RM288 (VIP), RM388 (VVIP) dan RM488 (MIP) bermula 15 September 2023 di www.ainaabdul.my