Antara momen terindah buat pasangan suami isteri adalah saat bayi mereka dilahirkan.
Detik kelahiran cahaya mata itu pasti menjadi kenangan terindah yang diabadikan seumur hidup mereka.
Betullah orang kata, lain orang lain pengalaman bersalinnya.
Tahu tak pada tahun 2017, terdapat satu insiden melucukan berlaku ketika si ibu mahu melahirkan anak ketiganya pada 31 Oktober yang kebetulan jatuh pada sambutan hari Halloween?
Foto Dr. Paul Locus lengkap dengan kostume Joker dilihat menyambut kelahiran cahaya mata kepada pasangan Justin dan Brittany Selph menjadi viral.
Atas permintaan Britanny sendiri, dia mahu doktor berkenaan menyambut bayinya dengan kostume tersebut. Kebetulan juga masa tidak mengizinkan doktor tersebut untuk menukar ke uniformnya.
Difahamkan due date bayi itu sepatutnya dilahirkan adalah pada 5 November, namun lain pula jadinya.
Kejadian ini dilaporkan berlaku di Tennessee.