Insiden Model Jatuh Pentas Masa Catwalk, Tak Sangka Ada Yang Meninggal Dunia

Catwalk di atas pentas yang besar dan ditonton ramai bukanlan satu perkara mudah. Dah ramai model-model catwalk di luar sana yang pernah jatuh ketika beraksi di atas pentas runway. Mungkin sebab pentas tak rata, nervous sangat, tergelincir atau sebab-sebab lain yang tak diduga.

Tak kisahlah mana-mana pertandingan yang kita sertai pun, mesti kita nak buat yang terbaikkan. Lagi-lagi bila mewakili negara.

Siapa je yang boleh jangka apa akan berlaku ketika berjalan di atas pentas tu. Malang kan tak berbau.

Baru-baru ini, Ratu Cantik Malaysia 2019, iaitu Shweta Sekhon, 21, turut berdepan dengan situasi yang sama apabila dia dan beberapa peserta Miss Universe 2019 yang lain turut terjatuh sewaktu membuat catwalk di pentas runway.

insiden model jatuh pentas masa catwalk, tak sangka ada yang meninggal dunia

 

Anda jangan terkejut sebab ni bukan insiden pertama yang berlaku. Lebih malang lagi, ada model yang terjatuh lalu meninggal dunia.

Tales Soares, 26

insiden model jatuh pentas masa catwalk, tak sangka ada yang meninggal dunia

Soares seorang model yang berasal dari Brazil rebah ketika melakukan catwalk. Soares kemudian dikejarkan ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia. Menurut laporan Brasil Folha Press, Soares dikhabarkan terjatuh disebabkan tali kasutnya. Namun ada portal lain yang melaporkan dia maut akibat serangan jantung.

Ming Xi

insiden model jatuh pentas masa catwalk, tak sangka ada yang meninggal dunia

Ming Xi tergelincir sewaktu melakukan catwalk di pentas Victoria Secret pada tahun 2017. Disebabkan gagal mengimbangi badan lalu dia terjatuh di atas pentas tersebut. Bahagian ekor kostum yang dipakainya terbelit dan membuatkan terjatuh.

Penonton yang hadir pada hari itu memberikan tepukan gemuruh untuk model ini bagi menaikkan semula semangatnya.

Farzana Zainul, peserta Dewi Remaja 2019

insiden model jatuh pentas masa catwalk, tak sangka ada yang meninggal dunia

Si cantik manis ini terjatuh sebanyak tiga kali ketika sedang catwalk di hadapan tetamu dan para media. Difahamkan, permukaan karpet yang tidak rata punca dia terjatuh sampai tiga kali. Namun, dia tetap bangkit sambil tersenyum lalu meneruskan aksinya.

Model yang sedang memperagakan busana karya pereka fesyen, Toni Maticevski

insiden model jatuh pentas masa catwalk, tak sangka ada yang meninggal dunia

Model cantik ini terjatuh ketika memperagakan busana Toni Maticevski di Fashion Week Australia, Sydney pada tahun 2016. Biarpun terjatuh, namun reaksi wajahnya tetap tersenyum. Masa jatuh pun muka maintain cantik. OMG

Rasanya, jatuh ni memang sesuatu yang normal dalam bidang peragaan pentas. Namun, insiden yang berlaku terhadap Soares memang jarang berlaku. Berita kematian Soeres ini mengejutkan ramai pihak. Takziah buat keluarga Tales Soares.

ARTIKEL BERKAITAN