Gaya Bersahaja Perdana Menteri, Dapat Pujian Netizen!

"Jangan main dekat situ, bahaya, nanti jatuh"

"Takpe, jangan risau, ayah ada"

Mesti korang pernah dengar nasihat macam ni berulang kali daripada seorang insan bergelar bapa.

Dari kecil sampai lah dewasa nasihat macam ni selalu melekat dalam ingatan, kan?

Perkara sama dapat kita lihat setiap kali Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin muncul di kaca tv buat ucapan kepada rakyat tatkala  kerajaan bertungkus lumus menyelamatkan rakyat daripada pandemik Covid-19.

Terutama ucapan beliau yang alah 'ke-ayah-ayahan' pada tempoh hari ternyata sentuh hati rakyat berbilang bangsa.

Beliau mengingatkan rakyat agar terus patuhi Perintah Kawalan Pergerakan, PKP.

gaya bersahaja perdana menteri, dapat pujian netizen!

Ucapan yang tegas tapi disampaikan dengan gaya nasihat seorang ayah dan lebih mustahak dalam gaya bahasa yang sangat mudah difahami berjaya menarik perhatian.

Bukan itu sahaja, mesej yang disampaikan juga merangkumi segenap lapisan masyarakat. 

gaya bersahaja perdana menteri, dapat pujian netizen!

gaya bersahaja perdana menteri, dapat pujian netizen!

Foto: Twiter 2, twitter 4

Rata-rata netizen puji usaha Tan Sri Muhyiddin dalam mengendalikan pandemik Covid-19 ini walaupun tidak sampai sebulan memegang tampuk kepimpinan negara.

Pendekatan bersahaja beliau baik dalam tutur kata mahupun pakaian sangat disenangi rakyat yang mengharapkan sesuatu daripada kerajaan dalam mengatasi pandemik ini.  

gaya bersahaja perdana menteri, dapat pujian netizen!

gaya bersahaja perdana menteri, dapat pujian netizen!

Ucapan beliau yang diakhiri dengan doa agar penularan Covid-19 dapat dibendung dan rakyat dapat kembali menjalankan aktiviti harian seperti biasa juga mengundang sebak dalam kalangan rakyat.

gaya bersahaja perdana menteri, dapat pujian netizen!

gaya bersahaja perdana menteri, dapat pujian netizen!

Walaupun baru nak sebulan jadi pemimpin no 1 negara, itu pun selepas kemelut politik ,  sifat kepemimpinan dan keterampilan yang ditunjukkan Tan Sri Muhyiddin berjaya meredakan kerisauan dan kebimbangan rakyat.

Tahniah Tan Sri , dan teruskan lah usaha mengatasi kemelut pandemik ini demi kesejahteraan rakyat.    

Korang nak nasihat macam mana lagi, baru nak #stayathome dan patuhi PKP? 

Come on guyysss, kita boleh lakukannya! Mesti korang nak berpuasa, pergi bazar Ramadhan dan sambut Hari Raya tak lama lagi dengan aman kan?

So, ingat ye, kerap cuci tangan, amalkan penjarakkan sosial,dan duduk di rumah!

 

Oleh: Izzati Amir

 

ARTIKEL BERKAITAN