COVID-19: Kes Positif Cecah 3 Juta Di Seluruh Dunia, US Lapor 1 Juta Kes Positif

covid-19: kes positif cecah 3 juta di seluruh dunia, us lapor 1 juta kes positif

Hari ini data Johns Hopkins University telah mengeluarkan data kumulatif di mana kes positif COVID-19 sudah mencecah 3.1 juta kes.

Daripada jumlah itu, satu juta kes dicatatkan berpunca daripada negara kuasa besar, Amerika Syarikat. Malah data tersebut juga menunjukkan tiada tanda-tanda negara tersebut akan reda daripada wabak ini.

Tujuh negara telah melepasi angka 100,000 kes. Sepanyol berada di belakang US dengan 232,000 kes positif. Itali pula berada di tangga ketiga dengan kes positif sebanyak 200,000. Bagaimanapun, negara tersebut bakal mengumumkan untuk menarik balik sekatan pergerakan secara beransur-ansur.

Perancis pula berada di tangga keempat dengan jumlah kes sebanyak 170,000. United Kingdom pula telah berada di atas Jerman dengan 162,000 kes. Jerman melaporkan 159,000 kes dan Turki negara ketujuh melepasi angka 100,000 dengan 114,000 kes.  

Dalam perkembangan yang lain, jumlah kes sembuh turut meningkat di seluruh dunia apabila kes sembuh mencapai 923,000 kes.

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN