Budak-Budak Di China Boleh Main Game Online Hanya 90 Minit Setiap Hari

budak-budak di china boleh main game online hanya 90 minit setiap hari

Peraturan baru diperkenalkan di China, di mana mereka yang berusia 18 tahun dan ke bawah hanya dibenarkan bermain game online selama 90 minit. Mereka juga dilarang bermain permainan online antara jam 10 malam sehingga 8 pagi.

Pihak kerajaan turut menghadkan jumlah wang yang boleh dihabiskan untuk bermain video game secara online ini iaitu:

  • RM236 untuk remaja berusia 16 sehingga 18 tahun.
  • RM118 untuk kanak-kanak.

Tindakan ini diambil bagi mengelak ketagihan golongan muda serta mengawal masalah kesihatan termasuk rabun.

 

Sumber: Sinar Harian