Ajal Maut Di Tangan Tuhan, Kisah Kematian Yang Tak Dijangka Boleh Berlaku

Kematian bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Bila, di mana dan bagaimana takda siapa yang tahu. Berikut merupakan kisah kematian yang tak disangka-sangka boleh berlaku.

 

1. Mati dalam flight simulator

Tiga juruterbang pelatih maut ketika sesi latihan flight simulator. Difahamkan, pesawat King Air 200 terhempas di atas bangunan Keselamatan Penerbangan Kansas yang mana ketika itu ketiga-tiga mereka sedang menjalani latihan.

 

2. Mati terkena renjatan elektrik

Lawrence Baker terselamat dari hukuman mati namun dihukum penjara seumur hidup atas dakwaan membunuh. Ironinya dia tetap menemui ajal di dalam dipenjara akibat dari terkena kejutan elektrik.

Dipetik dari deseret, Baker dikatakan menonton TV dengan memakai earphone buatan sendiri untuk mengelakkan dari mengganggu tahanan lain. Difahamkan, ketika dia ke tandas memakai earphone tersebut, terdapat aliran elektrik dari earphone berkenaan dikatakan mengalir dan menyebabkan litar pintas pada tandas jenis duduk itu.

 

3. Mati ketika cuba membuktikan cermin tingkap tak boleh pecah

ajal maut di tangan tuhan, kisah kematian yang tak dijangka boleh berlaku

Seorang peguam yang sangat berjaya maut selepas terhumban keluar dari tingkap pejabatnya. Gary Hoy dikatakan suka ‘bergurau’ dengan pekerja baru. Ketika insiden berlaku, Gary yang sedang mengiringi sekumpulan pelatih guaman memberitahu, tingkat pejabat mereka tidak boleh dipecahkan. Untuk membuktikanya, Gary bertindak menghentam dirinya ke akah tingkat tersebut sebelum dia terhumban ke luar tingkap dan meninggal.