5 Manusia Dengan Superpower Yang Sebenar

5 manusia dengan superpower yang sebenar

Mesti setiap kali korang tengok cerita yang berkaitan dengan superhero terlintas kat fikiran “Hmmm bestnya kalau ada kuasa macam ni.” Tapi korang tahu tak sebenarnya wujud manusia dengan “superpower” unik ini tapi takde lah extreme sangat sampai mengeluarkan api.

1. Lelaki Ais

5 manusia dengan superpower yang sebenar

Wim Hof merupakan seorang atlet berdarah Belanda yang mempunyai kelainan yang luar biasa. Beliau lebih dikenali sebagai “The Iceman” dan mampu bertahan dalam cuaca dengan suhu sangat sejuk. Beliau mempunyai teknik pernafasan tersendiri yang membolehkan dia mengawal suhu badannya. 


2. Wanita Pelangi

5 manusia dengan superpower yang sebenar
ConcettaAntico, seorang anak seni yang boleh melihat lebih banyak bilangan warna berbanding manusia biasa. Keadaan ini dipanggil sebagai tetrachromat. Ini bermaksud beliau mempunyai dua mutasi yang berbeza pada setiap kromosom X. Beliau mampu membezakan sehingga 99 juta warna berbanding manusia biasa yang hanya boleh melihat 1 juta warna sahaja. 

3. Lelaki Makan Semua

5 manusia dengan superpower yang sebenar
Penghibur dari Perancis, Michel Lotito mengagumkan para penontonnya dengan kebolehan uniknya iaitu makan segala macam benda seperti basikal, televisyen, troli dan banyak lagi. Saintis berpendapat bahawa beliau mempunyai sejenis kondisi yang beliau mempunyai nafsu makan untuk objek tidak bernyawa, kondisi ini dipanggil sebagai pica.

4. Memori Superior

5 manusia dengan superpower yang sebenar
Pelakon sitcom Taxi, Marilu Henner mempuinyai kelebihan unik iaitu memori luar biasa. Ini disebabkan beliau mampu mengingati hampir semua perkara yang terjadi dalam hidupnya dengan terperinci.

5. Penghidu luar biasa

5 manusia dengan superpower yang sebenar
Wanita Scotland, Joy Milne mempunyai kuasa luar biasa kerana mampu “menghidu” penyakit Parkinson pada seseorang walaupun belum didiagnosis oleh pakar perubatan. Dalam satu ujian yang dijalankan oleh Universiti Edinburgh, beliau berjaya mengesan penyakit Parkinson sebanyak 11 kali dalam setiap 12 pesakit. Ternyata suaminya meninggal dunia akibat penyakit Parkinson pada tahun 2015 dan telah berjanji untuk menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya untuk membantyu orang lain.

Sumber: iluminasi.com