1 Famili Positif COVID-19 Tapi Keluarga Doktor Ni Tabah

Setiap hari dalam 2 minggu ni macam-macam berita dan benda tular kat media sosial yang kita dapat tapi kali ni berbeza sikit. Memang ada lain sikit.

Sekarang ni tular pasal keluarga seorang doktor pakar yang dilapor disahkan dijangkiti COVID-19. 

Difahamkan, kesemuanya 7 orang. Seorang doktor pakar, isteri dan 5 anak mereka sekarang ditempatkan di wad pengasingan di sebuah hospital di Perak.

Tersentak…terdiam semasa baca perkongsian pasal ni. 

1 famili positif covid-19 tapi keluarga doktor ni tabah

Walaupun pakai penutup hidung & mulut rasanya dapat lihat keluarga ni masih mampu senyum 

 

Tapi yang hebatnya, mereka semua ni tetap positif dan ceria. Terserlah ketabahan famili ni dalam perkongsian di Facebook isteri doktor tersebut.

Anak-anak mereka pun cuba menceriakan suasana dengan bermain Tik Tok untuk mengisi masa lapang tapi tetap sopan dan comel semuanya.

1 famili positif covid-19 tapi keluarga doktor ni tabah

Warganet pun ramai yang memberikan kata-kata semangat dan doa untuk keluarga ni.

Tabik betul dengan semangat kental keluarga ni.

1 famili positif covid-19 tapi keluarga doktor ni tabah

Semoga keluarga ni dan semua pesakit COVID-19 segera sembuh dan petugas kesihatan diberikan kekuatan merawat mereka.

 

Sumber: FB Gold Amy Edriena, FB Akhi Fairuz Al Jengkawi, OhBulan & internet

Oleh: KJ 

ARTIKEL BERKAITAN