Belum Sempat Dunia Terima 5G, China Dah Teroka 6G

dunia baru nak terima 5g tapi china dah start kaji 6g

Kelajuan internet setakat ini pada kadar 4G dan negara dunia sedang bersiap sedia menerima kadar kelajuan 5G.

Belum pun kelajuan itu diperkenalkan, namun negara China sudah mengkaji kadar kelajuan 6G pula. Perghhh!

Kementerian Sains dan Teknologi China telah mengumumkan pihaknya telah membentuk dua pasukan bagi melakukan penyelidikan dan kajian berkenaan kelajuan internet pada tahap 6G.

Dikatakan satu pasukan terdiri daripada jabatan kerajaan yang akan mengkaji tentang pelaksanaan teknologi 6G. Pasukan lain pula adalah daripada pakar dari university, institusi sains dan perusahan dan terdiri daripada 37orang. Mereka bertanggungjawab memberi nasihat berkenaan teknikal untuk keputusan utama kerajaan pada 6G.

Sumber: Quartz dan Siakap Keli