Tanda-tanda Ini Menunjukkan Ada Hantu Di Dalam Rumah

cuba cek tanda-tanda ni, kalau ada maksudnya ada hantu di dalam rumah korang

 

 

Pelbagai persoalan bermain di dalam kepala apabila memikirkan bagaimana nak tahu kewujudan hantu. Sebenarnya, kita sebagai manusia boleh merasai dan perasan akan kewujudan makhluk tersebut.

Berikut adalah tanda-tanda untuk mengetahui kehadiran hantu di dalam rumah korang:

1. Perubahan suhu mendadak

Kalau lah tiba-tiba suhu bilik atau ruang rumah korang naik mendadak, ketahuilah bahawa ada entity lain yang berada di dalam kawasan tersebut.

2. Tiba-tiba TV atau sewaktu dengannya tak berfungsi

Korang rasa benda ni hanya wujud dalam tv. Tapi sebenarnya, terdapat kejadian yang membuktikan bahawa hantu juga boleh menggunakan alat teknologi seperti TV dan handphone.

Pernah korang dengar kisah ada orang angkat call tapi tak ada orang cakap? Haaaa

 

3.  Bau yang pelik

Hantu boleh menghasilkan bau yang pelik. Kalau ikut kepercayaan melayu, hantu ni dikaitkan dengan bau kemenyan memandangkan hantu melayu semuanya bangun selepas mati. Tapi, hantu juga boleh mengeluarkan bau wangi dan busuk.

 

4. Tiba-tiba ada pergerakkan objek dan bunyi pelik

Kalau tiba-tiba korang ternampak ada objek yang bergerak secara tiba-tiba ataupun terdengar bunyi yang pelik-pelik, ketahuilah itu sebenarnya ada semangat lain yang menggerakkan dan mengeluarkan bunyi. Eeee seramnya!

 

5. Haiwan berkomunikasi dengan sesuatu

Hermmm. Kalau korang ada haiwan dan tiba-tiba haiwan korang seperti bercakap atau berkomunikasi dengan hantu, sebenarnya haiwan belaan korang tu tengah berkomunikasi dengan hantu.

Sumber: Allure.com