Mayat Yang Ditemui Di Dalam Lori Adalah Warganegara China

mayat yang ditemui di dalam lori adalah warganegara china

Ingat tak kes polis temui 39 mayat di dalam sebuah lori kontena dekat Essex, England baru-baru ni?

 

Selepas menjalankan siasatan polis United Kingdom telah mengesakan 39 mayat tersebut warganegara China.

 

Selain itu, polis turut mengesahkan 31 daripada mayat itu adalah lelaki manakala selebihnya perempuan.

 

Hasil siasatan mendapati, lori itu telah menggunakan jalan berlainan sebelum bertemu di Taman Perindustrian Waterglade di Grays. Berdasarkan portal antarabangsa, kontenta tersebut dikatakan dari Zeebrugge ke Purfleet, England.

 

Buat masa ini, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dari Ireland Utara bagi membantu siasatan.

 

Sumber: Astro Awani