Disimen Dan Disumbat Ke Dalam Peti Sejuk, Mayat Ditemui Disebabkan Bau Busuk

disimen dan disumbat ke dalam peti sejuk, mayat ditemui disebabkan bau busuk

Mayat seseorang berstatus jutawan dari Thailand ditemui dalam keadaan disimen dengan konkrit di dalam sebuah peti sejuk yang terletak di rumahnya.

Dikhabarkan mayat tersebut dikenali sebagai Wannee Jiracharoenying seorang pemaju hartanah telah dilaporkan hilang sejak 18 Oktober yang lalu selepas melawat sebuah kuil di Chiang Mai.

Disebabkan bau busuk, beberapa jiran telah mengadu perkara tersebut dan pihak polis menemui mayat mangsa di kediamannya. Buat masa ini pihak polis Thailand sedang menari dan mengesan seorang rakan mangsa yang menghilangkan diri.

Mereka mempercayai bahawa rakan mangsa yang dikenali sebagai Oom itu boleh membantu siasatan berhubungan kematian jutawan berusia 58 tahun itu.

Dilaporkan, beberapa siri pengeluaran wang dari bank dengan jumlah besar telah dilakukan sejurus kematian Wannee. Malah kereta dank ad bank milik mangsa juga turut tidak dapat dikesan.

"Kami berpendapat suspek melakukan jenayah tersebut untuk mencuri wang mangsa yang dikhabarkan sering menderma sejumlah besar wang kepada kuil dan hospital," kata Bundit.

Mayat Wannee kini telah dihantar ke Hospital Maharat Chiang Mai untuk proses identifikasi dan autopsi. – Agensi

Sumber: Astro Awani