Broker Temui Rangka Manusia Di Dalam Rumah Yang Hendak Dijual

 

broker temui rangka manusia di dalam rumah yang hendak dijual

Apa perasan korang kalau korang terjumpa dengan rangka manusia di dalam rumah yang ditinggalkan? Perghhh meremang siot!

Baru-baru ini, seorang ejen hartanah terkejut apabila dia terjumpa rangka manusia di dalam sebuah rumah yang mahu dijualnya. Dikatakan rumah tersebut berada di Taman Century Garrden, Johor Bahru.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, rangka rumah tersebut ditemui pada hari Sabtu dan pihaknya telah menerima laporan dari broker rumah terbabit tentang penemuan mengejutkan itu.

Siasatan awal mendapati si mati adalah seroang penyewa rumah yang dikenali sebagai Hooi Mee Mee dan usianya mencecah 78 tahun.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati rangka manusia ditemui di pintu bilik air dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.

"Pemeriksaan pihak polis keatas rangka manusia itu mendapati tiada tanda tanda adanya unsur perbuatan jenayah.

"Siasatan di tempat kejadian juga tidak menjumpai apa-apa senjata yang menjurus kepada perbuatan jenayah," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Menurut Shahurinain, broker rumah tersebut datang ke rumah itu untuk bertemu penyewa rumah kerana rumah tersebut akan dijual kepada orang lain.

Berdasarkan Shahurinain, broker telah tiba di rumah itu dan telah memanggil penyewa. Bagaimanapun, tiada jawapan. Lantas, dia mengambil keputusan untuk membuka pintu yang telah dikunci dari dalam.

Selepas broker tersebut memeriksa rumah, dia telah menemui rangka manusia di pintu bilik air di dalam salah satu bilik rumah tersebut. Tidak menunggu lama, broker terbabit terus menghubungi pihak polis.

Rangka manusia tersebut telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah bagi menjalankan bedah siasat. Si mati juga telah dipercayai menghembuskan nafasnya lebih enam bulan yang lalu.

Buat masa ini, pihak berkuasa sedang mengesan ahli keluarga si mati bagi tujuan siasatan dan proses tuntutan mayat.

 

Sumber: Astro Awani