Lebih 100,000 Penonton Bersetuju Memberi Markah Penuh Untuk Filem Joker

lebih 100,000 penonton bersetuju memberi markah penuh untuk filem joker

 

Joker, filem drama thriller terbaru yang telah menarik perhatian ramai untuk ke panggung wayang. Berdasarkan portal IMDb, lebih 100,000 pengguna telah memberikan markah penuh kepada filem yang telah menelan bajet sebanyak USD$55 Juta itu.

Filem ini telah dilakonkan oleh Joaquin Phoneix sebagai Joker dan berdasarkan Google users pula, 94% daripada mereka menyukai akan filem ini.

Sedikit ringkasan berkenaan filem ini, Joker mengisahkan seorang pelawak Arthur Fleck yang hidup dalam kesepian. Arthur memakai dua topeng- satu topeng dipakai ketika dia menjadi badut pada waktu petang dan di sebelah malam dia memakai topeng lain untuk menjayakan misinya.

Disebabkan sering dipinggir, dibuli dan diperendah oleh masyarakat, Fleck berubah menjadi seorang penjenayah dan dikenali sebagai Joker.

Di Malaysia pula, filem ini mendapat carta teratas untuk filem paling laku di beberapa carta pawagam Malaysia. Jadi, kalau korang tak tah nak buat apa hujung minggu, boleh lah korang ke pawagam berdekatan untuk menonton filem ini.