Wanita Bunuh Rakannya Selepas Mengetahui Kucing Dibunuh

 

wanita bunuh rakannya selepas mengetahui kucing dibunuh

Jangan main-main dengan pencinta haiwan ni. Kalau diorang tak puas hati, macam-macm diorang boleh buat.

Seperti yang berlaku di Rusia baru-baru ini. Seorang wanita sanggup membunuh teman serumahnya selepas mengetahui rakannya itu membunuh kucing peliharaannya.

Suspek telah memukul mangsa dengan tukul sehingga maut dalam satu kejadian di St Petersburg, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, suspek yang dinamakan sebagai Anastasia KH telah memotong mayat rakannya itu dan meletakkan di dalam lima beg plastic.

Kemudian, dia membawa mayat tersebut menaiki bas ke kawasan pedalaman bertujuan untuk membakarnya.

Menurut pihak berkuasa, mayat telah dibakar sebelum ditanam di dalam pasir. Dikatakan, mayat ditemui oleh seorang individu yang lalu di lokasi tersebut bersama anjing peliharaannya.

Pihak polis telah menemui tulang kaki, rusuk, bahu dan kulit di dalam beg plastic berkenaan.

“Suspek memukul mangsa dengan tukul pada bahagian kepala. Mangsa juga turut ditendang beberapa kali sebelum memotong tubuh mangsa kepada beberapa bahagian,” kata polis.

Suspek berjaya diberkas polis untuk siasatan atas tuduhan membunuh.

Sumber: Astro Awani