Pelik, Wanita Ini Akan Pengsan Bila Lihat Lelaki Kacak

Seorang wanita dari Northwhich, England akan pengsan setiap kali melihat lelaki kacak.

 

Kristy Brown, 32, menghidap sejenis penyakit dalam otak dikenali sebagai katapleksi yang mana akan membuatkannya pengsan apabila melihat seseorang yang dianggap menarik.

pelik, wanita ini akan pengsan bila lihat lelaki kacak

Keadaan ini juga sering dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu sejenis gangguan tidur dengan tempoh serangan kurang dari dua minit.

 

Wanita yang juga ibu tunggal kepada dua orang anak itu juga terpaksa menundukkan pandangannya apabila berada ditempat ramai orang untuk mengelakkan dirinya tercedera jika penyakitnya itu datang secara tiba-tiba.

 

“Perkara ini sangat memalukan. Pernah sekali ketika keluar membeli-belah saya melihat seseorang yang menarik dan kaki saya terus menjadi lemah sehingga saya terpaksa berpaut pada sepupu saya sebagai sokongan,” katanya.

pelik, wanita ini akan pengsan bila lihat lelaki kacak

Lebih teruk, Kristy akan mengalami lima hingga lima puluh kali gangguan dalam sehari menyebabkannya sukar untuk keluar dari rumah. Malah, beliau juga boleh mendapat serangan penyakit itu ketika berada atas tangga yang curam.

 

“Kemarahan dan gelak tawa turut mencetuskan penyakit itu kerana saya dan adik-beradik selalu berbalah di samping gemar bergurau antara satu sama lain. Mereka ialah insan paling kelakar pernah saya kenal.

“Walaupun saya sekadar berasa diri sendiri lucu, saya boleh boleh mendapat serangan itu. Ia adalah mana-mana emosi bertenaga selain bunyi bising seperti hon kereta dan suara jeritan,” jelasnya.

 

Katapleksi adalah kejadian yang hampir sama dengan strok, menyebabkan kehilangan kekuatan otot secara tiba-tiba dan lumpuh sementara.

pelik, wanita ini akan pengsan bila lihat lelaki kacak

Sumber: Daily Mail