Syarikat Ini Bayar RM6,180 Untuk Tidur Siang Hari

Adakah anda gemar untuk tidur pada waktu siang?

syarikat ini bayar rm6,180 untuk tidur siang hari

Jika YA, anda mungkin sesuai untuk dilantik bekerja kepada sebuah firma di Amerika Syarikat yang menawarkan gaji AS$1,500 (RM6,180) sebulan sebagai pengulas tidur siang.

 

Calon yang terpilih hanya perlu tidur siang pada setiap hari selama 30 hari dan merekodkan pengalaman mereka.

syarikat ini bayar rm6,180 untuk tidur siang hari

Pihak syarikat iaitu EachNight.com melakukan sedemikian kerana mahu meneliti kebaikan dan keburukan tidur siang dan sedang mencari mereka yang gemar tidur siang untuk merekodkan waktu rehat itu.

 

“Bagi tempoh 30 hari, pasukan pengulas dikehendaki mengambil bahagian dalam pelbagai eksperimen bagi menguji teori seperti tempoh tidur siang menjadikan badan paling segar, kesan tidur siang kepada tahap keletihan badan, kesan tidur siang kepada ingatan, motivasi dan produktiviti,” kata pihak syarikat dalam satu kenyataan.

 

Disebabkan pandemik COVID-19, calon yang terpilih ini akan membuat satu panggilan video sebelum dan selepas setiap sesi tidur untuk mendokumenkan pengalaman mereka.

 

Seramai lima calon sedang dicari bagi mengisi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dibuat sehingga 31 Mei menerusi laman web syarikat tersebut.

 

Sumber: UPI