Seluar Ini Boleh Selamatkan Anda Dari Gigitan Nyamuk Pada Betis

Tidak ramai yang mungkin tahan dengan gangguan daripada nyamuk. Lagi-lagi mereka yang suka pada aktiviti hutan seperti hiking dan juga berkhemah.

seluar ini boleh selamatkan anda dari gigitan nyamuk pada betis

Sesetengah daripada mereka yang gemar kepada aktiviti lasak ketika di dalam hutan lebih selesa memakai seluar pendek kerana ia memudahkan pergerakan. Namun masalah lain timbul apabila kawasan terdedah ini menjadi sasaran nyamuk untuk menghisap darah.

seluar ini boleh selamatkan anda dari gigitan nyamuk pada betis

Disebabkan itu, sebuah syarikat pengeluar barangan dan aksesori perkhemahan dari Kanada, iaitu Coghlan, tampil dengan seluar istimewa iaitu Bug Pants.

seluar ini boleh selamatkan anda dari gigitan nyamuk pada betis

Bug Pants diperbuat daripada jaring poliester dengan 1150 lubang/inci2, dengan tali pinggang elastik serta getah pelindung untuk mengelakkan daripada dimasuki serangga.

 

Seluar yang kalis api dan sejuk serta dengan berat yang sangat ringan, datang dalam pelbagai saiz sesuai untuk semua orang.

seluar ini boleh selamatkan anda dari gigitan nyamuk pada betis

Harganya bermula dari US$12.22 (kira-kira RM50), dijual secara atas talian menerusi laman web rasmi Coghlan.

 

Adakah anda penggemar aktiviti hutan dan menyampah dengan nyamuk? Ya seluar ini sangat sesuai untuk anda.

 

Sumber: Verst