Dua Remaja Curi Mayat Nenek Dari Kubur, Didakwa Atas Tuduhan Merogol

 

dua remaja curi mayat nenek dari kubur, didakwa atas tuduhan merogol

Semakin hari semakin pelik perangai manusia.

Terbaru, dua orang remaja lelaki dari Davao, Filipina telah didakwa atas tuduhan merogol. Yang menjijikkan adalah mereka merogol mayat seorng wanita selepas merompak kuburnya.

Mereka berdua ditangkap sendiri oleh ahli keluarga mangsa ketika mereka menziarahi kuburnya di Tanah Perkuburan Awam Bandar Disgos sehari selepas pengebumian.

Mangsa dikenali sebagai Isabel Bastatas, 84, dikatakan kuburnya telah digali semula dan lebih jelas apabila kedua-dua belah kaki mangsa terjulur keluar dari keranda.

Ahli keluarga mangsa percaya bahawa mayat tersebut telah diperkosa apabila jasad mangsa ditemui tanpa pakaian dalam dan terdapat tanda-tanda berlaku persetubuhan.

Berdasarkan laporan Daily Mail Online, pegawai polis dari Bandar Digo, Leftenan Kolonel Ernesto Castillo berkata penangkapan terhadap mangsa dilakukan selepas saksi-saksi terlibat tampil membantu siasatan

“Saksi-saksi menamakan salah seorang suspek yang bernama ‘Erwin’ dan rakannya,” katanya.

Buat masa ini polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti barang yang hilang akibat dicuri dari kubur tersebut dan bagaimana mayat tersebut diusik.

Kes tersebut disiasat atas tuduhan nekrofilia (perlakuan seks ke atas mayat).

Kedua-dua suspek remaja bawah umur itu bagaimanapun menafikan tuduhan terhadap mereka dan kini dipindahkan ke Jabatan Pembangunan Kebajikan Masyarakat.

 

Sumber: Astro Awani