Penyelidik Cipta Kunci Rahang Untuk Turunkan Berat Badan

Buat mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan, ini ada berita baik untuk anda.

.

Sekumpulan penyelidik dari New Zealand telah mencipta sejenis alat yang boleh mengunci rahang pemakai daripada terbuka luas, sekali gus menahan diri daripada makan dalam kuantiti yang banyak.

penyelidik cipta kunci rahang untuk turunkan berat badan

Menurut perekanya, alat tersebut yang merupakan satu-satunya dan pertama di dunia menggunakan magnet bagi menghalang mulut daripada terbuka lebih 2 milimeter.

penyelidik cipta kunci rahang untuk turunkan berat badan

Pengguna masih boleh bercakap dan bernafas dengan normal, selain terdapat fungsi keselamatan yang membolehkan alat itu dicabut jika berlakunya serangan panik atau tercekik.

.

Ketua penyelidik, Prof Paul Brunton berkata, alat itu terbukti selamat untuk digunakan bagi membantu mencegah obesiti.

 

“Alat tersebut akan dimasukkan di sekeliling gigi oleh doktor gigi dan ia merupakan alternatif kepada  prosedur pembedahan yang tidak invasif, boleh dicabut, menjimatkan dan menarik. Tidak ada kesan buruk jika memakai alat ini,” katanya.

.

Dalam kajian yang dilakukan, enam responden yang mengambil ujian pemakaian alat tersebut menunjukkan mereka hilang berat purata 6.36 kilogram dalam masa dua minggu.

.

Bagaimanapun, alat itu mencetuskan kontroversi di Internet selepas ramai berpendapat ia sangat tidak sesuai untuk digunakan.

.

Sumber: New York Post