Jepun Cipta Pen Siap Dengan Cacing Betul Dalam Badan

Pen yang akan anda lihat ini adalah salah satu produk yang membuatkan ramai terkejut setelah melihatnya.

jepun cipta pen siap dengan cacing betul dalam badan

Nampak macam biasa, tetapi pen berbentuk cenderamata dari Jepun ini sebenarnya dilengkapi dengan cacing parasit yang masih hidup berenang di dalamnya.

jepun cipta pen siap dengan cacing betul dalam badan

jepun cipta pen siap dengan cacing betul dalam badan

Spesis cacing anisakis adalah dari kumpulan parasit nematoda yang menjangkiti pelbagai spesies ikan dan boleh menyebabkan penyakit anisakiasis iaitu jangkitan parasit pada saluran gastrointestinal.

jepun cipta pen siap dengan cacing betul dalam badan

Ia boleh terjadi kepada manusia yang sering memakan makanan laut mentah yang mengandung larva cacing ini.

jepun cipta pen siap dengan cacing betul dalam badan

Ringkasnya, parasit akuatik ini bukanlah haiwan atau apa jua hidupan yang patut anda dekati. Jadi persoalannya, mengapa ada yang membuat pen dengan cacing parasit yang hidup di dalamnya?

 

 

Tidak dapat dipastikan tujuan lain mengapa pen ini dicipta sedemikian, namun pen yang boleh dijadikan sebagai cenderamata ini dijual pada harga 950 yen (kira-kira RM36) setiap satu boleh dibeli jika anda berkunjung ke negara itu nanti.

 

Sumber: Oddity Central