Doktor Temui Pacat Dalam Tekak Warga Emas

Pelik tapi benar, seorang doktor di China berjaya mengeluarkan seekor pacat dari dalam tekak seorang wanita yang berusia 65 tahun.

Wang dikatakan mengalami batuk berdarah dan mengadu terdapat sesuatu yang bergerak di dalam tekaknya sebelum bertemu doktor.

doktor temui pacat dalam tekak warga emas

Pacat sepanjang tiga sentimeter itu berjaya dikeluarkan selepas para petugas perubatan membekukan pacat dengan menggunakan ais kering dan mencabutnya keluar dari dinding tekak pesakit itu.

Difahamkan, insiden itu berpunca dari tabiatnya yang suka minum mata air di kebun yang mana secara tak sengaja dia mungkin tertelan telur atau lavar pacat yang kemudiannya membesar di dalam tekaknya.

doktor temui pacat dalam tekak warga emas