Monyet Datang Kedai Ubat Kerana Kecederaan

 

monyet datang kedai ubat kerana kecederaan

Semakin hari semakin advance monyet sekarang kan?

Terbaru, satu kejadian berlaku di India di mana seekor monyet telah datang ke sebuah kedai ubat-ubatan kerana tercedera dipercayai akibat pergaduhan.

Pemilik kedai tersebut, anajum Ajim yang membuka kedai di Mallapur, daerah Birbhum di Bengal Barat terkejut apabila seekor monyet melompat ke arah kaunter. Reaksinya pula seperti sedang mengadu sedang sakit.

"Saya kemudiannya memberinya ubat tahan sakit bersama air. Monyet itu seperti kehausan kerana ia meminum tiga gelas air. Selepas itu, saya turut meletakkan ubat pada luka di bahu, kaki dan lehernya," ujarnya.

Dia juga berkata, monyet itu telah berehat hampir sejam di atas meja di kedai tersebut sebelum monyet itu melompat dan meninggalkan premis tersebut.

Perakam kejadian itu, Monirul Islam berkata dia tertarik dan tercuit hati dengan kejadian tersebut.

Sumber: Astro Awani