Seorang lelaki yang kini sudah mempunyai 16 orang isteri dan 151 anak, meletakkan sasaran mahu memiliki 100 orang isteri dan 1,000 orang anak sebelum beliau meninggal dunia.
Misheck Nyandoro, 66, tidak bekerja dan katanya tugasnya adalah untuk melayan kesemua isteri-isterinya sahaja.
Katanya, beliau akan meniduri 4 isterinya mengikut jadual sebagai kaedah menambah ahli keluarga.
“Setiap malam, saya akan tidur di bilik 4 orang isteri mengikut jadual. Begitulah rutin harian saya iaitu untuk melayan kesemua isteri, saya tiada pekerjaan lain,” jelasnya.
Meskipun Nyandoro tidak bekerja, beliau masih hidup mewah dan senang kerana sering diberikan wang oleh anak-anaknya.
Beliau mula mengamalkan poligami ini sejak dari tahun 1983 dan nekad meneruskan impiannya untuk mempunyai 100 orang isteri sebelum beliau meninggal dunia.
“Saya juga hanya makan makanan yang enak, sekiranya masakan isteri tidak menepati selera, saya akan menghantar pulang makanan itu supaya dia belajar dan memperbaiki masakannya,” katanya lagi.
Pada musim sejuk nanti, Nyandoro akan berkahwin dengan isterinya yang ke-17. Kali terakhir lelaki itu berkahwin adalah pada 2015 sebelum berhenti seketika kerana ekonomi yang buruk di Zimbabwe.
Sumber: Metro UK