Wah! Ada Pula Lotion Milk Tea Sekarang Ni

Sehingga kini, minuman black pearl atau boba terus menjadi kegilaan ramai. Biarpun minuman tersebut telah popular beberapa tahun lepas namun ia terus menjadi fenonema sehingga ke hari ni.

wah! ada pula lotion milk tea sekarang ni

Terbaru, sebuah jenama kecantikan di Thailand, Mistine, telah menghasilkan lotion Milk Tea yang diperbuat dari teh hitam dan juga susu.

Lotion dengan aroma milk tea ini lengkap dengan packaging produk yang diinspirasi dari minuman boba kegemaran ramai itu.

wah! ada pula lotion milk tea sekarang ni

Menurut The Spruce Eats, minum teh hitam membawa banyak manfaat kepada kulit. Vitamin B2, C dan E memberikan khasiat kepada kulit manakala kafein dan komponen kimia lain membantu mencegah jangkitan - termasuk jerawat.

Teh hitam juga dilaporkan memberikan rangsangan antioksidan dan juga menawarkan perlindungan matahari.

Selain daripada pelembab - yang berasal dari komponen susu, lotion juga mengandungi vitamin B3 untuk kulit yang sihat dan glowing.

Sumber: nextshark