Saintis Temui Binatang Pertama Yang Tak Bernafas

saintis temui binatang pertama yang tak bernafas

Syarat utama untuk hidup adalah bernafas. Setiap yang hidup tu akan bernafas. Itu principle utama.

Tapi, tahukah korang saintis dah temui satu binatang yang tak bernafas? Tak percaya? Ini buktinya.

Menurut portal sains livescience.com, memetic kajian daripada jurnal bertajuk Proceedings of the National Academy of Science, binatang tersebut merupakan sejenis parasite dan dikenali sebagai H. Salminicola.

Dalam jurnal tersebut, pengkaji menyatakan haiwan itu memiliki jenom yang luar biasa. Selalunya binatang lain bersifat multicellular di mana DNA mereka mempunya gen pernafasan. Bagaimanapun, perkara ini sangat berbeza dengan H. Salminicola.

H. Salminicola tidak mempunyai jenom mitokondria- bahagian DNA yang kecil tapi sangat penting untuk sistem pernafasan.

Kalau korang tengok dekat gambar tu, ada bahagian macam mata, tapi sebenarnya itu adalah sel sengatan. Binatang ni akan gunakan sengatan tu untuk membantu mereka melekat dengan lebih cepat pada perumah mereka apabila diperlukan.

Uish, memang menarik kan? Mungkin ini akan jadi penemuan baru dalam dunia sains.

Sumber: livescience.com