Dinda, gadis dari Indonesia ini bagi kucingnya menjilat bahagian mukanya setiap hari untuk merawat mukanya yang berjerawat.
Katanya, teknik itu mampu menghilangkan jerawat serta melembutkan wajahnya.
Selepas 3 bulan, jerawat pada wajahnya semakin berkurangan.
Difahamkan, kucing ini tidak akan menjilat muka orang selain Dinda.
Dipetik dari Mstar, terdapat satu kajian yang dijalankan oleh Sekolah Perubatan Harvard, mendapati air liur kucing mengandungi bakteria yang boleh membawa penyakit.
Kalau nak cuba-cuba teknik ni, baiklah fikir dua tiga kali ye. Tak pasal-pasal benda lain pula yang tumbuh kat pipi tu nanti.