Wanita Ni Taknak Kahwin Sebab Pengantin Lelaki Tak Tahu Sifir Dua

Seorang pengantin lelaki di India tidak dapat meneruskan perkahwinannya selepas beliau tidak tahu asas Matematik, membuatkan bakal isterinya menolak dirinya.

wanita ni taknak kahwin sebab pengantin lelaki tak tahu sifir dua

Lelaki itu tidak menyangka pengantin wanita yang meragui kelayakan pelajarannya, membuat ujian Matematik dengan bertanyakan sifir dua sebelum mereka meneruskan acara perkahwinan.

 

Disebabkan lelaki itu gagal dalam asas Matematik, pengantin wanita menolak untuk meneruskan perkahwinan mereka.

 

Pengantin wanita dilihat berjalan keluar dari kanopi meninggalkan lokasi majlis sambil berkata beliau tidak boleh berkahwin dengan orang yang tidak tahu asas Matematik.

 

Malah, ahli keluarga dan rakannya juga gagal memujuk wanita itu dan terkejut apabila dimaklumkan pengantin lelaki itu rupanya tidak berpendidikan.

 

"Keluarga pengantin lelaki menyembunyikan kelayakan pendidikannya. Malah, dia mungkin tidak pernah ke sekolah.

"Keluarga lelaki menipu kami. Tetapi saudara perempuan kami keluar dari majlis itu tanpa rasa takut dengan pandangan orang lain," kata sepupu kepada pengantin wanita itu.

 

Kes itu turut mendapat perhatian pihak polis, namun pihak polis tidak membuka kertas siasatan kerana perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.

 

Penyudahnya, kedua-dua pihak memulangkan kembali hantaran masing-masing dan membatalkan upacara perkahwinan.

 

Sumber: Gulf News