COVID 19: Perintah Kawalan Pergerakan Akan Dikuatkuasa Mulai 18 Mac

covid 19: perintah kalawan pergerakan akan dikuatkuasa mulai 18 mac

Penularan wabak novel Koronavirus atau nama rasminya COVID 19 di negara kita menunjukkan peningkatan yang membimbangkan. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu tindakan drastik bagi menangani wabak ini.

Melalui sidang media yang diadakan oleh Perdana Menteri pada jam 10 malam semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan. Perintah tersebut kan dikuatkuasa bermula 18 Mac ini sehingga 31 Mac kelak.

Antara intipati Perintah Kawalan Pergerakan adalah larangan berhimpun termasuklah aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Selain itu, kerajaan juga telah menyekat semua pergerakan keluar negara bagi rakyat Malaysia serta pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga mengarahkan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain. IPTA dan IPTS serta institusi kemahiran di seluruh negara juga diarahakan untuk ditutup sepanjang perintah itu.

Premis kerajaan dan swasta juga diarahkan untuk ditutup melainkan yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi dan lain-lain.