Kek Lapis Sarawak Jadi Salah Satu Cabaran Untuk Peserta The Great British Bake Off 2019.

 

kek lapis sarawak jadi salah satu cabaran untuk peserta the great british bake off 2019.

Umum mengetahui, kek lapis Sarawak sangat susah dihasilkan. Kalau tiada skill dan kesabaran yang tinggi, memang tak kan jadi.

Mungkin disebabkan itu juga, menghasilkan kek lapis Sarawak menjadi salah satu cabaran dalam pertandingan reality memasak British, The Great British Bake Off tahun ini.

Setiap peserta perlu menghasilkan kek lapis Sarawak bagi segmen Showstopper pada episode yang ke tujuh. Di dalam segmen ini, setiap peserta perlu memikat hati juri dengan menghasilkan kek lapis dengan kretiviti masing-masing. Bukan sekadar rasa yang diambil kira, namun, bakat menghiasi kek itu juga diberi perhatian.

Salah seorang juri yang merupakan seorang tukang masak selebriti English menyifatkan kek lapis Sarawak sebagai salah satu masakan yang paling susah pernah dilihat dalam rancangan tersebut.

Kek Lapis Sarawak menjadi ikon kepada budaya Malaysia dan juga negeri Sarawak. Disebabkan oleh itu juga, Kek Lapis Sarawak telah didaftarkan dan diluluskan hakcipta nama dan tempat pengeluarannya semenjak tahun 2010.

Sumber dan gambar: The Borneo Post