Apa Salah Mereka Sehingga Ada Yang Sanggup Menembak Sampai Mati Demi Kuntungan Dunia?

 

apa salah mereka sehingga ada yang sanggup menembak sampai mati demi kuntungan dunia?

 

Seekor gajah dewasa spesis pygmy telah ditemui mati dan dipercayai telah ditembah di dalam sebuah ladang kelapa sawit beberapa hari yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda berkata, gajah jantan itu telah meninggal lima hari yang lepas dan gadignya telah diambil.

Dia berkata, pekerja-pekerja di Ladang Bimbingan 2, Beluran terkejut dengan penemuan bangkai gajah yang dipercayai berusia 25 tahun dengan berat 2.5 ton itu. Mereka menjumpai bangkai binatang tersebut ketika mencari bau pelik di dalam ladang tersebut.

Hasil siasatan mendapati terdapat beberapa parut lama akibat ditembak. Susulan kejadian itu, enam orang telah ditahakan bagi membantu siasatan.

Sampai bila kita harus bertindak kejam ke atas binatang semata-mata untuk mengaut keuntungan.

 

Sumber: The Sun Daily