Masjid Di Bukit Damansara Bagi Wang Saku Untuk Jemaah Yang Hadir Menunaikan Solat Subuh

 

masjid di bukit damansara bagi wang saku untuk jemaah yang hadir menunaikan solat subuh

Datang solat Subuh dan dapat duit. Wow, menarik juga inisiatif ni kan?

Haa ini adalah satu usaha Masjid Saidina Umar Al-Kahttab, Bukit Damansara untuk menarik generasi muda bagi mengimarahkan masjid terutama pada waktu Subuh di masjid itu.

Menurut ketua pentadbir atau naqib masjid, Mohammad Akmal Abdul Aziz, program tersebut telah bermula semenjak 7 Oktober yang lalu. Idea tersebut telah tercetus ketika mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid.

Setiap pelajar yang hadir menunaikan solat Subuh di masjid itu akan diberikan wang saku. Bagi pelajar sekolah rendah, mereka diberikan RM 3 dan sekolah menengah pula diberikan RM 5.

"Inisiatif selama seminggu sedikit sebanyak membuahkan hasil apabila seramai tujuh hingga 11 remaja solat Subuh bersama ahli keluarganya di masjid," katanya kepada Sinar Harian.

Sumber & gambar: Sinar Harian