Kerana Terlalu Mabuk,Tak Sedar Diri Berbogel Di Luar Kawasan Rumah

kerana terlalu mabuk,tak sedar diri berbogel di luar kawasan rumah

Seorang lelaki berjalan dalam keadaan berbogel sekitar Jalan Kinabalu pada Ahad lepas. Dilaporkan, lelaki itu terlalu mabuk sehingga tidak sedar dia sedang berjalan di luar kawasan rumah.

Bagaimanapun, pihak polis yang berada di lokasi kejadian berjaya menghenti tindakan lelaki tersebut.

Berdasarkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah, pihak mereka menerima maklumay seorang lelaki sedang berjalan dalam keadaan berbogel di hadapan bangunan Daya Bumi sekitar jam 3.27 petang.

Menurutnya, pihak polis berjaya memujuk lelaki tersebut untuk masuk ke dalam kereta peronda tanpa bertindak agresif.

Berdasarkan siasatan, lelaki tersebut tidak mempunyai apa-apa masalah berkaitan mental. Dia mengakui bahawa mengambil minuman keras disebabkan tidak dapat mengawal tekanan perasaan disebabkan masalah peribadi.

Pihak polis telah membantu lelaki tersebut dengan membeli pakaian baru serta memberi wang saku.

Sumber: Astro Awani