Yeay! Umur 18 Tahun Dah Boleh Mengundi!

Berita baik untuk golongan remaja di negara ini sebab korang dah boleh mengundi seawal umur 18 tahun tau!

yeay! umur 18 tahun dah boleh mengundi!

Tak percaya?

Tapi itu lah hakikatnya selepas Dewan Rakyat luluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk turunkan had umur pengundi kepada 18 tahun.

yeay! umur 18 tahun dah boleh mengundi!

Bukan itu saja, korang yang dah cukup umur 18 tahun akan didaftarkan secara automatik sebagai pengundi oleh SPR.

yeay! umur 18 tahun dah boleh mengundi!

Dan, yang paling best, boleh jadi calon pilihanraya jugak tau!

Ini adalah antara usaha kerajaan untuk memperjuangkan isu golongan  muda dengan lebih serius sekaligus mengiktiraf peranan belia untuk negara.

yeay! umur 18 tahun dah boleh mengundi!

Bila dah boleh mengundi, rasa tanggungjawab korang terhadap negara mesti semakin membuak-buak kan?

yeay! umur 18 tahun dah boleh mengundi!

So, jom persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai perkembangan negara dari sekarang supaya nanti korang boleh tentukan corak pemerintahan yang terbaik pada pilihanraya akan datang.

yeay! umur 18 tahun dah boleh mengundi!

Ingat, mengundi bukan sekadar dakwat di jari, tapi tanggungjawab menentukan nasib negara di kemudian hari :)

Oleh: Izzati Amir